Suka-suki Di Kampung Halaman :')
Monday, 4 June 2012 | 12:06 | 0 comments
Assalamualaikum , hai guys :)
Apa khabar ? How's life ?
Ok , Farra mahu berkongsi cerita tentang pengalaman pahit & manis Farra ketika Farra berada di kampung :D
Memang banyak sangat perkara-2 yang berlaku , mana taknya . First day dekat kampung dah terjadi pengalaman pahit berlaku tapi Farra suka :D Hehe
Haaa .. pengalaman pahit tu berbunyi macam ni , Farra mahu belajar bawa motor ! Cehhh ~ Dengan beraninya nak try la bawa slow-2 dulu . Latihan ? Cehh latihan tu , dibantu oleh sepupu-2 Farra ;)
Tanpa diduga , Farra TER-press motor tu dengan laju ! OhTidak , langgar pasu bunga nenek -,-' Then , Farra jatuh . Ouch ! Sakitnya , subhanAllah ! Actually , mula-2 tu dah ok dah bawa motor tu . Tiba-2 je jadi KO . Hahahaha ! Nasib baik tak langgar orang , haih (!)
Pengalaman manis ? Actually , semuanya manis termasuk jatuh motor tu --' Nasib tak patah apa-2 ! Yang paling best , Farra makan 'Lidah Kambing' ! Yum-2 , sedap . Rasa macam daging biasa je tapi bagi sesiapa yang tak suka tu , Farra nasihatkan jangan la cuba sebab sepupu Farra baru try dah muntah -,-' Tapi memang sedap :D Cuba la cuba la . Hehe
Semua tu dah jadi kenangan bagi sebab masa berlalu dengan pantas , Farra dah ada di KL . Sepupu-2 yang lain pun dah pulang ke rumah masing-2 :( Raya nanti la jawabnya baru jumpa balik diaorang semua . Hmmm , sedih tak terkata ! Farra rindu semua keluarga Farra terutama datuk & nenek :*
Ok , itu lah serba-sedikit yang dapat Farra kongsikan !
Maafkan kesalahan , kekasaran bahasa Farra yang tidak sengaja atau disengajakan :)
Assalamualaikum ,
Lillahita'ala :)
Pengalaman Manis Saya :')
Sunday, 27 May 2012 | 23:25 | 0 comments
Assalamualaikum,hai guys :D How's life ?
Now,Farra mahu berkongsi cerita yang tidak dapat dilupakan .
Bismillahirahmannirrahim ..
Suasana di kampung Farra memang cukup indah dan meriah dengan gelak-tawa orang kampung , saudara-mara . Memang perasaan 'excited' menular dalam diri apabila nak pulang ke kampung halaman ! Adik dan Farra memang begitu , 'happy go lucky' ;) Kerinduan pula terubat apabila permulaan pertemuan bersama datuk dan nenek dimulakan dengan pelukan manja . Kami bersyukur setelah tamat tiba di destinasi yang dituju , alhamdulillah :)
Farra dan adik mula merancang aktiviti yang ingin dilakukan selama beberapa hari kami menetap di kampung yang aman damai ini . Pada petang keesokan harinya , kami berbasikal di sekitar kawasan kampung ! Bahagianya rasa dapat meluangkan masa dan merehatkan minda bersama adik tersayang . Kami berkongsi saat bahagia bersama ..
Tetapi , apakan daya tiba-tiba Farra dan adik terserempak dengan seekor anjing yang agak 'liar' ! Kami tergamam dan terus memecut laju pacuan basikal kami . SubhanaAllah ! Hanya Allah yang tahu perasaan kami ketika itu .. Memang tidak dapat digambarkan saat-saat seperti itu lagi .
Mulai saat itu , kami berdua tidak lagi berbasikal . Pelik bukan ? Tetapi ianya fakta TAPI bukan autar :)
Mungkin tidak masuk akal tetapi tidak dapat digambarkan dengan hanya kata-kata . Mungkin cukup di sini sahaja Farra dapat berkongsi untuk anda .
*Terima kepada sesiapa yang sudi membaca tanpa jemu
*Maafkan segala atas kekasaran bahasa yang tidak disengajakan mahupun disengajakan
*Jaga diri sentiasa semua
Assalamualaikum
Lillahita'ala :)
Kejohanan Merentas Desa
Monday, 26 March 2012 | 22:48 | 0 comments